KONSEP REFLEKSI DAN PENGAMAL REFLEKSI


KONSEP REFLEKSI




Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan.

Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya.


KONSEP PENGAMAL REFLEKSI





Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action).

Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke ataas tindakan (reflection-on-action).

     Guru sebagai pengamal refleksi yang akan membuat penilaian secara berterusan tentang pilihan-pilihan yang dibuat (pendekatan, strategi, kaedah pengajaran, pilihan bertingkah laku dan sebagainya).

Guru refleksi akan sentiasa memikirkan cara melaksanakan pengajaran dan memikirkan tentang matlamat akhir proses pendidikan.

   Seorang guru refleksi merupakan guru yang menunjukkan kualiti pemikiran strategik yang dapat melihat kesemua peristiwa dan perkara dalam perspektif yang betul. 

No comments:

Post a Comment